0.2 C
Alba Iulia
Saturday, January 18, 2020

Lebih 500 maut di Al-Hol, Syria tahun lalu | Asia

Must Read

Kejutan tidak berlaku di Jakarta | Raket

KUALA LUMPUR: Hajat menyaksikan dua wakil negara yang beraksi pada separuh akhir Masters Indonesia melakukan kejutan mara ke...

[FOTO] Anggota Polis Tutup Pintu Pagar Pusat Mengundi #PRKKimanis

Anggota polis menutup pintu pagar selepas tamat waktu mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 176 Kimanis di...


SYRIA: Sekurang-kurangnya 517 orang, kebanyakannya kanak-kanak, ditemui maut tahun lalu di sebuah rumah menempatkan pengikut dan saudara mara kumpulan pejuang Islam Daesh.

Menurut Persatuan Bulan Sabit Merah Kurdish, Kem Al-Hol yang dikendalikan puak Kurdish di timur laut Syria, adalah tempat perlindungan kira-kira 68,000 orang yang bergantung kepada bantuan kemanusiaan, terutama semasa musim sejuk.

Jurucakapnya, Dalal Ismail, berkata 371 kanak-kanak adalah antara 517 orang yang meninggal dunia di bandar itu pada tahun lalu.

Kekurangan zat makanan, penjagaan kesihatan yang terhad untuk bayi baru lahir, dan hipotermia ketika musim sejuk menjadi antara punca utama kematian kanak-kanak.

“Keadaan ini tragik dan bebannya besar, antara yang meninggal dunia ini termasuk kanak-kanak warga asing,” katanya.

Pelarian Syria dan Iraq adalah kumpulan terbesar mendapat perlindungan di kem pelarian Al-Hol, yang turut menjadi kediaman bagi jutaan warga asing, kebanyakannya keluarga pejuang Daesh yang kini menjadi perhatian pihak berkuasa keselamatan.

Pihak berkuasa berkata kira-kira 12,000 warga asing, termasuk 4,000 wanita dan 8,000 kanak-kanak ditempatkan di tiga kem pelarian di timur laut Syria, sebahagian besarnya di Al-Hol.

Pentadbiran Kurdish di timur laut Syria minggu ini memberi amaran bahawa bantuan kemanusiaan di al-Hol makin merosot selepas Jumaat lalu Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) bersetuju mengehadkan bantuan di sempadan.

Yaroubiya di sempadan Iraq kini menjadi pintu masuk utama bagi bantuan perubatan yang dikendalikan oleh PBB merentasi timur laut Syria termasuk Al-Hol.

PBB menggunakan laluan itu bagi menghantar bekalan perubatan yang tidak dibenarkan di bawa masuk kerajaan Syria melalui pintu sempadan di Damsyik.

Pengarah Hal Ehwal Kemanusiaan bagi pentadbiran Kurdish, Abdel Kader Mouwahad, berkata penutupan pintu masuk melalui Yaroubiya akan mengugat 60 hingga 70 peratus bantuan perubatan.

Keadaan itu menyebabkan militan Kurdish di Syria menggunakan laluan tidak rasmi di Zamalka yang bersempadan dengan wilayah autonomi dikuasai Kurdish Iraq, yang tidak digunakan anggota bantuan PBB. – AFP



Sumber Berita BH Online – Terkini

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Kejutan tidak berlaku di Jakarta | Raket

KUALA LUMPUR: Hajat menyaksikan dua wakil negara yang beraksi pada separuh akhir Masters Indonesia melakukan kejutan mara ke final tidak kesampaian di Istora...

[FOTO] Anggota Polis Tutup Pintu Pagar Pusat Mengundi #PRKKimanis

Anggota polis menutup pintu pagar selepas tamat waktu mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 176 Kimanis di Sekolah Kebangsaan Our Lady, Kimanis,...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -