0.2 C
Alba Iulia
Saturday, January 18, 2020

KBS nafi berurusan dengan syarikat yang berkait dengan serbuan polis

Must Read

Kejutan tidak berlaku di Jakarta | Raket

KUALA LUMPUR: Hajat menyaksikan dua wakil negara yang beraksi pada separuh akhir Masters Indonesia melakukan kejutan mara ke...

[FOTO] Anggota Polis Tutup Pintu Pagar Pusat Mengundi #PRKKimanis

Anggota polis menutup pintu pagar selepas tamat waktu mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 176 Kimanis di...

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini menafikan mempunyai urusan terkini dengan syarikat GK Sports and Recreation Sdn Bhd, yang dikaitkan dengan serbuan polis di Puchong, baru-baru ini.

Dalam satu kenyataan, KBS berkata, tiada lagi kontrak baharu diberikan kepada syarikat itu sejak Pakatan Harapan mengambil alih pentadbiran Kerajaan Persekutuan, pada Mei 2018.

“Di bawah kepimpinan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan, tiada penyelewengan dan salahguna kuasa berhubung dengan tatacara perolehan dan perkhidmatan di Kementerian ini,” kata KBS.

Kementerian menyebut, proses pemilihan syarikat di dalam urusan perolehan bekalan dan perkhidmatan dilaksanakan mengikut tatacara perolehan bekalan atau perkhidmatan sejajar dengan arahan perbendahaan oleh Kementerian Kewangan yang telah dikuatkuasakan.

“Pihak Kementerian sentiasa terbuka dan menyerahkan urusan siasatan dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau pihak berkuasa lain yang bertanggungjawab,” menurutnya lagi.

BACA: Pesta persendirian: Pegawai disiasat akan digantung tugas – Syed Saddiq

BACA: Kes dadah: Adhif Syan digantung jawatan Ketua Armada Selangor

Pada Isnin lepas, seramai 17 individu telah ditahan dalam satu serbuan polis di kondominium itu.

Selain seorang Ahli Dewan Undangan Negeri, turut ditahan ialah pegawai khas beberapa menteri, termasuk seorang individu yang dikatakan pemilik sebuah syarikat yang membekalkan peralatan sukan kepada KBS.





Sumber Berita Terkini – Astro Awani

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Kejutan tidak berlaku di Jakarta | Raket

KUALA LUMPUR: Hajat menyaksikan dua wakil negara yang beraksi pada separuh akhir Masters Indonesia melakukan kejutan mara ke final tidak kesampaian di Istora...

[FOTO] Anggota Polis Tutup Pintu Pagar Pusat Mengundi #PRKKimanis

Anggota polis menutup pintu pagar selepas tamat waktu mengundi sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) P. 176 Kimanis di Sekolah Kebangsaan Our Lady, Kimanis,...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -