2.6 C
Alba Iulia
Thursday, January 23, 2020

China tawar pelepasan tarif barangan import AS | Lain-lain (Bisnes)

Must Read

ATM perkukuh kerjasama Indonesia, Filipina kawal keselamatan maritim | Nasional

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perkukuh kerjasama dengan Indonesia dan Filipina bagi mengawal keselamatan maritim susulan insiden...

Dibintangi Emma Stone, Kempen Baru Louis Vuitton Lebih Diversiti

Emma Stone bintang utama kempen Louis Vuitton Spring/Summer 2020 Louis Vuitton berkongsi gambar-gambar kempennya untuk musim bunga/panas 2020, baik...

OPR turun petunjuk ekonomi tahun ini lebih mencabar

KUALA LUMPUR – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar...


BEIJING: China akan menawarkan pelepasan tarif ke atas beberapa import kacang soya serta daging khinzir Amerika Syarikat (AS), sekali gus menjadi isyarat terbaharu pertikaian perdagangan semakin antara Beijing dan Washington semakin reda.

Dua ekonomi terbesar dunia itu saling berbalas tindakan selama lebih setahun, dengan tarif kini menjejaskan ratusan bilion dolar perdagangan dua hala.

Persetujuan itu dicapai semasa kedua-dua pihak ke arah mencapai sebahagian perjanjian yang termasuk janji untuk menambah pembelian produk pengeluaran pertanian AS.

“Suruhanjaya Tarif Kastam Majlis Kerajaan melaksanakan pengecualian ke atas kacang soya, daging khinzir dan komoditi lain berdasarkan permohonan oleh beberapa syarikat,” kata Kementerian Kewangan China dalam satu kenyataan.

Beberapa syarikat China sudah pun mengimport sesetengah kuantiti barangan dari AS, kata kenyataan itu, tanpa memberikan butiran lanjut.

Beijing menaikkan tarif ke atas daging khinzir AS sebanyak tiga kali sejak perang perdagangan bermula pada Mac 2018, menjadikan dutinya meningkat daripada 12 hingga 72 peratus setakat September.

Tarif kacang soya meningkat daripada tiga kepada 33 peratus, selepas dua pusingan tarif iaitu 25 peratus pada Julai 2018 dan lima peratus lagi September lalu.

China adalah pengguna terbesar kacang soya dan membeli komoditi itu di tempat lain, seperti Brazil, untuk menambah bekalannya.

Beijing juga menyaksikan peningkatan import daging khinzir beberapa bulan kebelakangan ini selepas wabak demam Afrika mula merebak pada Ogos 2018.

-AFP



Sumber Berita BH Online – Terkini

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

ATM perkukuh kerjasama Indonesia, Filipina kawal keselamatan maritim | Nasional

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perkukuh kerjasama dengan Indonesia dan Filipina bagi mengawal keselamatan maritim susulan insiden...

Dibintangi Emma Stone, Kempen Baru Louis Vuitton Lebih Diversiti

Emma Stone bintang utama kempen Louis Vuitton Spring/Summer 2020 Louis Vuitton berkongsi gambar-gambar kempennya untuk musim bunga/panas 2020, baik bagi himpunan lelaki mahupun perempuan....

OPR turun petunjuk ekonomi tahun ini lebih mencabar

KUALA LUMPUR – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25...

Hanya Perlu 4 Langkah Mudah Untuk Cegah Virus Influenza

Perubahan cuaca antara panas dan hujan menjadikan ramai penduduk Malaysia dijangkiti selesema. Anda perlu berhati-hati untuk tidak dijangkiti dengan virus influenza. Walaupun gejalanya...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -