-1.5 C
Alba Iulia
Friday, December 6, 2019

Polis nafi limpahan air Tasik Kenyir punca banjir | Berita

Must Read


Dakwaan limpahan air Tasik Kenyir merupakan punca banjir banjir adalah tidak benar. — Foto AFP

KUALA BERANG, 2 Dis — Maklumat tular di media sosial yang mendakwa kejadian banjir di daerah ini berpunca daripada limpahan air di Tasik Kenyir, adalah tidak benar sama sekali.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitendan Mohd Adli Mat Daud berkata, paras air di Tasik Kenyir pada masa ini adalah terkawal, iaitu di tahap 140 meter.

Justeru beliau berkata berita yang dimainkan di laman sosial, yang mendakwa terdapat pintu-pintu rahsia di empangan yang telah dibuka, sehingga menyebabkan banjir agak teruk adalah palsu, dan tidak benar.

“Paras air setinggi 140 meter adalah situasi biasa, dan limpahan hanya akan berlaku sekiranya paras air Tasik Kenyir mencecah 146 meter.

“Tiada pintu rahsia di Empangan Kenyir yang dibuka atau ditutup di mana-mana. Air Tasik Kenyir akan melimpah keluar, apabila ia melebihi had mengikut saluran limpah yang dibentuk di empangan,” katanya kepada pemberita ketika melakukan rondaan menggunakan bot amfibia di Kampung Matang, hari ini.

Mengulas lanjut Mohd Adli berkata hampir saban tahun berita tersebut akan dimuat naik di laman sosial setiap kali musim banjir, sehingga menimbulkan panik dan kebimbangan dalam kalangan orang awam.

“Saya nak beri amaran kepada semua pihak yang menyebarkan berita palsu, bahawa perlakuan anda adalah satu kesalahan jenayah di bawah Akta Multimedia dan Kanun Keseksaan.

“Jika didapati bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman penjara dan denda yang berat,” katanya.

Kata beliau lagi video yang dimuat naik setiap tahun, adalah video lama dan tidak berkaitan dengan banjir yang berlaku pada masa ini. — Bernama



Sumber Berita ProjekMM – Berita

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Ole Gunnar Solskjaer backs Marcus Rashford for Manchester derby impact amid Pogba absence

Manchester United boss Ole Gunnar Solskjaer praised Marcus Rashford and said his team can gain a result at the Etihad Stadium. Ole Gunnar Solskjaer...

China tawar pelepasan tarif barangan import AS | Lain-lain (Bisnes)

BEIJING: China akan menawarkan pelepasan tarif ke atas beberapa import kacang soya serta daging khinzir Amerika Syarikat (AS), sekali gus menjadi isyarat terbaharu...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -