-1.5 C
Alba Iulia
Friday, December 6, 2019

Lori ais rempuh tembok tol, seorang maut

Must Read

KULIM: Seorang lelaki maut manakala penumpangnya cedera ringan selepas lori ais yang dinaiki mereka melanggar tembok Tol Lunas Lebuhraya Butterworth-Kulim (BKE) dari Kubang Semang menghala ke Lunas, Kulim, pada Isnin.

Dalam kejadian jam 7.20 malam itu, mangsa, pemandu lori terbabit Abdul Rani Abdullah meninggal dunia di tempat kejadian manakala penumpangnya wanita warga Thailand berusia sekitar 30-an cedera ringan.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, pihaknya menerima panggilan jam 7.25 malam berhubung kemalangan itu.

Sepasukan 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulim Hi Tech yang diketuai Penolong Kanan Penguasa Bomba Mohd Yusri Yusoff terus bergegas ke lokasi kejadian.

Operasi turut dibantu anggota Jentera Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS) Kulim dan Pasukan Bomba Sukarela Lunas.

Sayani berkata, mangsa yang maut berjaya dikeluarkan pasukan bomba manakala penumpangnya tidak tersepit dan diberi rawatan oleh anggota EMRS.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.





Sumber Berita Terkini – Astro Awani

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Ole Gunnar Solskjaer backs Marcus Rashford for Manchester derby impact amid Pogba absence

Manchester United boss Ole Gunnar Solskjaer praised Marcus Rashford and said his team can gain a result at the Etihad Stadium. Ole Gunnar Solskjaer...

China tawar pelepasan tarif barangan import AS | Lain-lain (Bisnes)

BEIJING: China akan menawarkan pelepasan tarif ke atas beberapa import kacang soya serta daging khinzir Amerika Syarikat (AS), sekali gus menjadi isyarat terbaharu...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -