-1.5 C
Alba Iulia
Friday, December 6, 2019

Dua Gol Ilija Spasojevic Bantu Bali United Muncul Juara Liga 1 Indonesia Buat Pertama Kali

Must Read


Bali United muncul juara Liga 1 Indonesia buat pertama kali dalam sejarah selepas menewaskan Semen Padang 2-0 di Stadium Haji Agus Salim pada petang tadi.

Untuk itu, skuad kendalian Stefano Cugurra Teco harus mengucapkan terima kasih kepada penyerang import, Ilija Spasojevic yang menjaringkan kedua-dua gol dalam perlawanan tersebut.

Tiga mata hasil kemenangan ini memastikan Bali United tidak lagi mampu dikejar Borneo FC yang berada di kedudukan kedua liga, dengan baki empat perlawanan yang harus diharungi di saingan Liga 1.

Sebelum perlawanan bermula, Bali United hanya memerlukan satu mata sahaja untuk memastikan kejuaraan Liga 1.

Selepas menamatkan saingan babak pertama tanpa sebarang jaringan, bekas penyerang Melaka United, Spasojevic mengegarkan gawang lawan pada minit ke-51 untuk memberikan Bali United pendahulan yang diperlukan.

Spasojevic yang kini merupakan warganegara Indonesia kemudiannya sekali lagi meledak lima minit kemudian untuk memastikan kejuaraan yang cukup bersejarah buat Bali United.

Sebelum kejuaraan ini, pencapaian terbaik oleh Bali United ialah muncul naib juara Liga 1 pada 2017 – dibezakan dengan perbezaan jaringan – walaupun memiliki jumlah mata yang sama dengan juara, Bhayangkara FC.

Bali kini mengumpul 63 mata daripada 30 perlawanan, manakala Borneo mengumpul 46 mata daripada jumlah perlawanan yang sama.

Ternyata tiada apa yang boleh menghalang kecemerlangan Spasojevic dalam perlawanan ini, walaupun baru sahaja kehilangan isteri baru-baru ini.

Buat Ilija Spasosevic dan Bali United, tahniah dan syabas kami ucapkan!





Sumber Asal Artikel Semuanya BOLA oleh Gary Lugard

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Ole Gunnar Solskjaer backs Marcus Rashford for Manchester derby impact amid Pogba absence

Manchester United boss Ole Gunnar Solskjaer praised Marcus Rashford and said his team can gain a result at the Etihad Stadium. Ole Gunnar Solskjaer...

China tawar pelepasan tarif barangan import AS | Lain-lain (Bisnes)

BEIJING: China akan menawarkan pelepasan tarif ke atas beberapa import kacang soya serta daging khinzir Amerika Syarikat (AS), sekali gus menjadi isyarat terbaharu...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -