-1.5 C
Alba Iulia
Friday, December 6, 2019

F1 perkenal minyak wangi atasi bau hangit tayar

Must Read

BUNYI bingit dari deruman enjin. Bau hangit tayar serta aspalt litar.

Peminat tegar Formula 1 pasti berhadapan dengan keadaan ini, lebih-lebih lagi ketika menyaksikan perlumbaan di bawah terik matahari.

Menyedari perkara itu Formula 1 dan Designer Parfums mengumumkan pelancaran lima koleksi minyak wangi mewah menjelang Grand Prix Abu Dhabi.

“Wangian dengan rekaan botol unik Formula 1 itu selari dengan kualiti dinamik yang dimiliki oleh sukan tersebut,” kata Pengarah Pemasaran dan Komunikasi Formula 1, Ellie Norman.

Pengeluar haruman mewah itu berkata koleksi itu dikeluarkan hasil daripada “keterujaan, minat, teknologi dan dinamik” dalam Formula 1.

Dalam satu pengenalan produk terbaru itu, pengeluar produk berkenaan menyatakan ia mengubah bau hangit tayar terbakar dan bau hujan di atas aspalt litar.

Minyak wangi itu dijual pada harga AS$250 (RM1,050) sebotol manakala koleksi terhad dengan cetakan 3D rekaan Ross Lovegrove dijangka dijual pada harga AS$10,000 (RM4,200) sebotol bermula April tahun depan.





Sumber Berita Terkini – Astro Awani

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Ole Gunnar Solskjaer backs Marcus Rashford for Manchester derby impact amid Pogba absence

Manchester United boss Ole Gunnar Solskjaer praised Marcus Rashford and said his team can gain a result at the Etihad Stadium. Ole Gunnar Solskjaer...

China tawar pelepasan tarif barangan import AS | Lain-lain (Bisnes)

BEIJING: China akan menawarkan pelepasan tarif ke atas beberapa import kacang soya serta daging khinzir Amerika Syarikat (AS), sekali gus menjadi isyarat terbaharu...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -