-1.5 C
Alba Iulia
Friday, December 6, 2019

Kesilapan Jalur Gemilang boleh dikenal pasti lebih awal, kata penaja | Berita

Must Read


Kesilapan imej Jalur Gemilang boleh dikenal pasti jika Maba mengadakan sesi latihan terlebih dahulu , kata penaja. ― Foto oleh Farhan Najib

KUALA LUMPUR, 27 Nov — Kesilapan memaparkan imej Jalur Gemilang yang mempunyai bintang pecah lima, semasa majlis perasmian pertandingan bola keranjang dianjurkan oleh Persatuan Bola Keranjang Malaysia (Maba) boleh dikenal pasti jika penganjur mengadakan sesi latihan terlebih dahulu .

Penaja Persatuan Bola Sepak Keranjang (Maba), Westports memaklumkan pihaknya mengambil seriustentang kesilapan berkenaan, yang tidak sepatutnya dilakukan oleh kontraktor yang dilantik oleh Maba dan berkongsi sentimen serta kemarahan orang berhubung isu itu.

“Berdasarkan kenyataan akhbar Maba semalam, Westports menerima baik penjelasan serta  permohonan maaf dari Maba berhubung insiden tersebut dan persatuan itu juga telah memberi jaminan kepada Westports bahawa perkara itu tidak akan berulang.

“Kami percaya perkara ini akan ditangani dengan pantas oleh pihak berkuasa. Kami berharap dengan kenyataan ini dapat menjelaskan pendirian Westports kerana melalui sukan Westports dapat menyumbang kepada pembangunan sukan dan perpaduan negara,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Westports juga memaklumkan akan menyokong penuh sebarang siasatan dan tindakan bakal diambil oleh pihak berkuasa berkaitan insiden memalukan tersebut.

Kenyataan itu turut memaklumkan nama Westports terpapar kerana syarikat itu merupakan penaja jangka panjang Maba dan berharap dapat meneruskan program pembangunan bakat muda dalam sukan di negara ini.

Semalam, Maba mengeluarkan permohonan maaf dan bertanggungjawab sepenuhnya berhubung kesilapan memaparkan Jalur Gemilang dengan bintang pecah lima ketika perasmian kejohanan yang memasuki edisi ke-28 itu yang berlangsung di Stadium MABA di sini. — Bernama



Sumber Berita ProjekMM – Berita

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Ole Gunnar Solskjaer backs Marcus Rashford for Manchester derby impact amid Pogba absence

Manchester United boss Ole Gunnar Solskjaer praised Marcus Rashford and said his team can gain a result at the Etihad Stadium. Ole Gunnar Solskjaer...

China tawar pelepasan tarif barangan import AS | Lain-lain (Bisnes)

BEIJING: China akan menawarkan pelepasan tarif ke atas beberapa import kacang soya serta daging khinzir Amerika Syarikat (AS), sekali gus menjadi isyarat terbaharu...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -