7.2 C
Alba Iulia
Friday, December 13, 2019

RON95 naik 1 atau 2 sen setiap minggu bermula 2020

Must Read

Ini Rahsia Mister Korea Jadi Top Star, Mister Malaysia Pula Jadi Apa?

Penyertaan lelaki Korea bergelar Oppa dalam pertandingan Pageant Lelaki sering saja menjadi perhatian dunia. Malah, boleh dikatakan hampir...


KUALA LUMPUR – Harga RON95 akan dinaikkan sebanyak satu atau dua sen setiap minggu bermula tahun hadapan.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, ia akan diapungkan secara berperingkat sebaik sahaja Program Subsidi Petrol (PSP) bermula.

Jelasnya, keputusan itu dibuat untuk meringankan kos hidup rakyat selain mengelak harga barangan naik secara mendadak.

“Kita akan apungkan harga petrol secara berperingkat, iaitu dua sen atau satu sen seminggu, sehingga harga RON95 sampai harga pasaran.

“Tetapi untuk Sarawak, kita akan kekalkan harga RON95 iaitu RM2.08,” katanya seperti yang dilaporkan Astro Awani hari ini.

Chong berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan dikemukakan Rubiah Wang (GPS-Kota Samarahan) yang mahu tahu mekanisme kementerian mengelak harga barang meningkat selepas pelaksanaan PSP.

Dalam pada itu, ujarnya, Akta Kawalan Harga juga akan dikuatkuasakan supaya peniaga tidak mengambil kesempatan dan mengaut keuntungan berlebihan selepas pelaksanaan PSP.

Sebelum ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menyatakan, kerajaan tetap meyumbang subsidi petrol walaupun harga RON95 diapungkan bermula 1 Januari 2020 bagi mengurangkan impak perubahan harga kepada rakyat.

Pengarah Bahagian Rasionalisasi Petroleum Kenderaan KPDNHEP Amran Ahmad menjelaskan, setiap kali semakan harga minyak dilakukan, kerajaan akan memastikan ia tidak melebihi 5 sen, dengan kos selebihnya ditanggung melalui subsidi. – MalaysiaGazette



Sumber Berita MalaysiaGazette

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Ini Rahsia Mister Korea Jadi Top Star, Mister Malaysia Pula Jadi Apa?

Penyertaan lelaki Korea bergelar Oppa dalam pertandingan Pageant Lelaki sering saja menjadi perhatian dunia. Malah, boleh dikatakan hampir...

Jurgen Klopp and Sadio Mane win Premier League awards after Liverpool boss agrees new deal

Liverpool boss Jurgen Klopp celebrated his new deal by winning another Premier League award as Sadio Mane was named Player of the Month. Jurgen...

MATRADE babitkan 15,000 syarikat tempatan melalui program ED, EP | Pasaran

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merancang untuk melibatkan sebanyak 15,000 syarikat tempatan pada tahun depan melalui program Pembangunan Pengeksport (ED)...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -