7.2 C
Alba Iulia
Friday, December 13, 2019

Tribute istimewa peminat undang air mata Siti Nurhaliza

Must Read

Ini Rahsia Mister Korea Jadi Top Star, Mister Malaysia Pula Jadi Apa?

Penyertaan lelaki Korea bergelar Oppa dalam pertandingan Pageant Lelaki sering saja menjadi perhatian dunia. Malah, boleh dikatakan hampir...

KUALA LUMPUR: Acara sambutan ulangtahun ke 40 Datuk Seri Siti Nurhaliza bersama kelab peminatnya, Sitizone, diserikan dengan ‘tribute’ istimewa daripada peminat menerusi lagu Hari Bahagia.

Ia merupakan satu kejutan yang dirancang untuk Siti oleh ahli kelab peminatnya yang menggelarkan diri mereka Sitizoners, dengan kerjasama pihak pengurusan Siti, Siti Nurhaliza Productions (SNP).

Tribute lagu dendangan asal Astrid dan Anji itu bukan sahaja mengundang air mata dalam kalangan peminat yang menyanyikan lagu itu beramai-ramai, malah Siti sendiri nyata tidak dapat menahan rasa sebak.

Siti dalam ucapannya mengakui terharu dan berterima kasih dengan usaha peminat yang setiap tahun tidak pernah gagal menganjurkan majlis untuk meraikan hari kelahirannya.

“Kuatnya Siti Nurhaliza adalah kerana peminat. Anda sentiasa ada di sisi saya selama ini, menyokong jatuh bangun saya,” katanya.

Bertemakan warna emas dan kuning, majlis yang dirancang hampir sebulan itu berjaya mengumpul lebih 300 peminat, termasuk dari Singapura dan Indonesia.





Sumber artikel Hiburan – Astro Awani

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Ini Rahsia Mister Korea Jadi Top Star, Mister Malaysia Pula Jadi Apa?

Penyertaan lelaki Korea bergelar Oppa dalam pertandingan Pageant Lelaki sering saja menjadi perhatian dunia. Malah, boleh dikatakan hampir...

Jurgen Klopp and Sadio Mane win Premier League awards after Liverpool boss agrees new deal

Liverpool boss Jurgen Klopp celebrated his new deal by winning another Premier League award as Sadio Mane was named Player of the Month. Jurgen...

MATRADE babitkan 15,000 syarikat tempatan melalui program ED, EP | Pasaran

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merancang untuk melibatkan sebanyak 15,000 syarikat tempatan pada tahun depan melalui program Pembangunan Pengeksport (ED)...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -