7.2 C
Alba Iulia
Friday, December 13, 2019

KUAH KUNING POPULAR DI PULAU MALUKU

Must Read

Ini Rahsia Mister Korea Jadi Top Star, Mister Malaysia Pula Jadi Apa?

Penyertaan lelaki Korea bergelar Oppa dalam pertandingan Pageant Lelaki sering saja menjadi perhatian dunia. Malah, boleh dikatakan hampir...


Satu lagi masakan yang seakan masakan negara kita, iaitu kuah kuning Maluku. Kuahnya seperti asam rebus, tetapi menggunakan ikan tongkol.  Boleh juga menggunakan ikan merah, siakap dan tenggiri, terpulang kepada citarasa anda. Selain Maluku, kepulauan di sekitarnya seperti Ambon juga popular dengan masakan ini. Ada dua jenis kuah kuning, satu yang menggunakan santan dan ada yang tidak. Penggunaan santan mengikut selera masing-masing.

Kepulauan Maluku sememangnya kaya dengan makanan laut dan sudah pastilah hasil lautnya segar-segar. Uniknya kuah kuning Maluku ini, menggunakan batang daun sirih dalam masakan. Sudah pasti, aroma daun sirih membezakan kuah asam rebus kita dengan kuah kuning ini. Bahkan bahan utama kuah kuning ini perlu ditumis terlebih dahulu. Ia tidak sama seperti membuat asam rebus yang tidak memerlukan bahan yang ditumis.

Antara ramuannya seperti lengkuas, buah keras, kunyit, daun kemangi atau selasih. Kuah kuning ini tidak menggunakan air asam jawa ataupun asam gelugur bagi mendatangkan rasa masam pada kuah, tetapi ia menggunakan perahan air limau nipis. Rasanya sangat enak dan aroma kuahnya lain dari yang lain. Kuah kuning ini selain dimakan dengan nasi, ia juga dimakan dengan papeda, iaitu sejenis makanan ruji di Pulau Maluku. Papeda ialah bubur sagu yang dimasak seakan ambuyat. Ada antara bahan yang ditumbuk halus dan ada yang dihiris. Itulah kelebihan masakan Indonesia!

KUAH KUNING

BAHAN

1 ekor ikan tongkol

2 batang serai – ketuk

3 cm lengkuas – hiris nipis

2 biji limau nipis – perah

1 cawan daun selasih/kemangi

1 liter air

3 helai daun salam

5 cm batang sirih – ketuk

Minyak masak

Gula dan garam

BAHAN KISAR

5 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

3 tangkai cili merah

4 cm halia

4 cm kunyit

5 biji buah keras

CARA

  1. Panaskan minyak, tumis bahan kisar sehingga pecah minyak dan naik bau.
  2. Masukkan serai, halia,  dan lengkuas, tumis lagi.
  3. Tuangkan air dan masukkan batang sirih, biarkan mendidih.
  4. Masukkan daun salam,  garam dan gula.
  5. Selepas itu, masukkan ikan dan perahan air limau nipis.
  6. Akhir sekali matikan api dan masukkan daun selasih.

 





Sumber artikel Saji Online ditulis oleh ROSMARLINDA KAMARUDIN

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

Ini Rahsia Mister Korea Jadi Top Star, Mister Malaysia Pula Jadi Apa?

Penyertaan lelaki Korea bergelar Oppa dalam pertandingan Pageant Lelaki sering saja menjadi perhatian dunia. Malah, boleh dikatakan hampir...

Jurgen Klopp and Sadio Mane win Premier League awards after Liverpool boss agrees new deal

Liverpool boss Jurgen Klopp celebrated his new deal by winning another Premier League award as Sadio Mane was named Player of the Month. Jurgen...

MATRADE babitkan 15,000 syarikat tempatan melalui program ED, EP | Pasaran

KUALA LUMPUR: Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) merancang untuk melibatkan sebanyak 15,000 syarikat tempatan pada tahun depan melalui program Pembangunan Pengeksport (ED)...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -