2.6 C
Alba Iulia
Thursday, January 23, 2020

Patutlah Siti Nurhaliza senyum meleret selepas gegarkan Go Shop

Must Read

ATM perkukuh kerjasama Indonesia, Filipina kawal keselamatan maritim | Nasional

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perkukuh kerjasama dengan Indonesia dan Filipina bagi mengawal keselamatan maritim susulan insiden...

Dibintangi Emma Stone, Kempen Baru Louis Vuitton Lebih Diversiti

Emma Stone bintang utama kempen Louis Vuitton Spring/Summer 2020 Louis Vuitton berkongsi gambar-gambar kempennya untuk musim bunga/panas 2020, baik...

OPR turun petunjuk ekonomi tahun ini lebih mencabar

KUALA LUMPUR – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar...

KUALA LUMPUR: Program konsert siaran langsung sambil memasak yang pertama oleh penyanyi dan usahawan, Datuk Seri Siti Nurhaliza berjaya merekodkan penjualan produk tertinggi di saluran membeli-belah Astro, Go Shop sepanjang dua jam masa bersiaran.

Malah, pelancaran koleksi peralatan memasak ‘Vantage’ secara eksklusif kepada pelanggan Astro itu boleh membuatkan Datuk Seri Siti senyum meleret apabila dilaporkan turut mencatatkan jualan melebihi tujuh kali ganda jumlah sasaran awal yang ditetapkan.

Bersiaran pada Ahad, penyanyi nombor satu negara itu tampil mengendalikan program siaran langsung Go Shop di (saluran 118/ saluran 120), Astro Ria (saluran 104), Astro Ria HD (saluran 123) dan HELLO (saluran 110). 

Program turut dihadiri oleh 100 pemenang bertuah yang membuat tempahan awal produk peralatan memasak ‘Vantage’ edisi khas di Go Shop sepanjang bulan Disember 2018.

Semasa program berlangsung, Siti Nurhaliza turut menghiburkan pemenang bertuah dengan membuat persembahan tiga lagu kegemarannya yang berjudul ‘Bukan Cinta Biasa’, ‘Si Comel Pipi Merah’ dan ‘Anta Permana’.

Di samping itu, Siti Nurhaliza turut mempamerkan bakat memasak yang luar biasa dengan menyediakan hidangan kegemarannya seperti ‘Ayam Masak Ros’, ‘Patin Masak Tempoyak’ dan ‘Laksa Pahang’ dengan menggunakan produk edisi khas jenama ‘Vantage’ itu.

Terdapat pelbagai peralatan memasak ‘Vantage’ edisi terhad Siti Nurhaliza yang mampu dimiliki, memenuhi semua keperluan memasak untuk seisi keluarga yang turut dilengkapi dengan nama dan tandatangan Siti Nurhaliza dalam ukiran laser.

Untuk menambah kegembiraan penonton, beliau juga mengumumkan peraduan eksklusif kepada pelanggan Go Shop untuk memenangi tiket konsert ‘Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour’ pada 16 Mac 2019 di Axiata Arena, Kuala Lumpur.

Bagaimana untuk menyertai pertandingan Go Shop Dato’ Sri Siti Nurhaliza On Tour?

  1. Pelanggan Go Shop boleh membeli produk ‘Vantage’ edisi khas dari 10 Dis 2018 – 17 Feb 2019.
  2. Jadi tiga pembeli tertinggi untuk memenangi sepasang tiket Platinum yang bernilai RM710.00 ke konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour.
  3. Pemenang akan diumumkan pada 8 Mac 2019.

Untuk maklumat lanjut tentang peraduan, peminat boleh melayari: bit.ly/DSCTxConcert

Produk ini juga boleh didapati secara eksklusif di Go Shop dengan harga yang sangat murah beserta hadiah percuma bernilai sehingga RM270.00 bagi sebarang pembelian produk terpilih namun untuk tempoh terhad.

Pelanggan boleh membeli dan menerima potongan 5% dengan melayari www.goshop.com.my atau hubungi kami di talian bebas tol 1800-82-0088 (24 jam) untuk membuat pesanan. Penonton yang terlepas siaran langsung ini boleh menontonnya di laman Facebook Go Shop.





Sumber Berita Terkini – Astro Awani

- Advertisement -

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here

- Advertisement -

Latest News

ATM perkukuh kerjasama Indonesia, Filipina kawal keselamatan maritim | Nasional

KUALA LUMPUR: Angkatan Tentera Malaysia (ATM) perkukuh kerjasama dengan Indonesia dan Filipina bagi mengawal keselamatan maritim susulan insiden...

Dibintangi Emma Stone, Kempen Baru Louis Vuitton Lebih Diversiti

Emma Stone bintang utama kempen Louis Vuitton Spring/Summer 2020 Louis Vuitton berkongsi gambar-gambar kempennya untuk musim bunga/panas 2020, baik bagi himpunan lelaki mahupun perempuan....

OPR turun petunjuk ekonomi tahun ini lebih mencabar

KUALA LUMPUR – Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) menurunkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25...

Hanya Perlu 4 Langkah Mudah Untuk Cegah Virus Influenza

Perubahan cuaca antara panas dan hujan menjadikan ramai penduduk Malaysia dijangkiti selesema. Anda perlu berhati-hati untuk tidak dijangkiti dengan virus influenza. Walaupun gejalanya...
- Advertisement -

More Articles Like This

- Advertisement -